Tarikh | 20 Oktober 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas mengenal dan mengingat nombor serta susunannya secara interaktif.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan angka 1 - 10 melalui kaedah nyanyian yang menerangkan cara-cara mengingat bentuk sesuatu angka. Para pelajar dikehendaki menyanyi bersama guru sambil menulis nombor yang disebutkan pada laman paint di tablet yang disediakan.
Pada aktiviti seterusnya yang menggunakan komputer pula, mereka dikehendaki menyambung garisan-garisan putus pada angka yang disediakan sebagai latihan menggunakan tetikus dan komputer.