Tarikh | 14 Oktober 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Membimbing peserta untuk membuat emel permohonan kerja secara formal dan sopan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan meminta peserta untuk log masuk ke akaun gmail masing-masing dan diminta untuk mencipta emel baru. Petugas menunjukkan contoh ayat formal dan aturan ayat yang boleh digunakan untuk permohonan kerja kepada bakal majikan. Antara format yang ditekankan adalah dimulakan dengan memberi sapaan, memperkenalkan diri secara ringkas dan menyatakan hasrat untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan yang ditawarkan beserta nama syarikat bakal majikan.
Seterusnya, petugas juga memberi saranan agar peserta menambah ayat harapan agar permohonan jawatan dipertimbangkan dan berterima kasih untuk kerjasama yang didahulukan. Selain itu, tips tambahan untuk peserta adalah untuk menghantar emel permohonan jawatan beserta lampiran resume dan cover letter sebagai menunjukkan kesungguhan dan minat untuk menyertai syarikat yang dipohon. Akhir sekali, peserta menyimpan draf emel yang telah dicipta agar dapat menjadi rujukan pada masa diperlukan.