Tarikh | 13 Oktober 2023 |
Masa | 9.30 Pagi - 10.30 Pagi |
Lokasi | PEDi Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas mengenal dan mengingat nombor serta susunannya secara interaktif.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan angka 1 - 10 melalui kaedah nyanyian yang menerangkan cara-cara mengingat bentuk sesuatu angka. Seterusnya, bagi mengukuhkan daya ingatan pelajar dan mempertingkatkan kemahiran terhadap penggunaan komputer, para pelajar dikehendaki menaip nombor seperti yang tertera pada monitor melalui laman web typing lesson dengan menggunakan bahagian angka pada papan kekunci.