Tarikh | 14 Oktober 2023 |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Pendedahan laman web Powtoon sebagai editor video pembentangan beranimasi.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan laman web Powtoon dan membantu peserta mendaftar akaun untuk akses kepada fungsi yang disediakan. Petugas meminta peserta cuba membuat carian template video sedia ada dengan menggunakan beberapa kata kunci tema agar peserta dapat menyunting video mengikut keperluan dan kreativiti tersendiri untuk digunakan. Pada laman utama, terdapat beberapa pilihan tema berdasarkan kategori tertentu seperti "marketing & sales", "internal communication","education", "human resources", "consulting", "IT & Product" dan "personal".
Peserta memilih kategori "personal" untuk mereka menghasilkan video tentang vlog pemandangan destinasi percutian yang pernah dikunjungi serata malaysia. Petugas membantu peserta untuk memuatnaik media dan menyunting video bagi menambah teks, kesan khas, muzik, warna, latar belakang dan transisi video. Pada akhir kelas, peserta berhasil membuat video vlog menggunakan laman web Powtoon.