Tarikh             13 Oktober 2023
 Masa   3.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pengkayaan kaedah penyelesaian masalah melalui pemikiran kreatif yang diintegrasikan dalam STEM.

Aktiviti

STEM mendorong individu untuk berfikir secara kreatif dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Dalam aktiviti STEM, peserta diberi peluang untuk menghadapi cabaran dan mencari penyelesaian menggunakan pemikiran logik dan kreatif. Pada aktiviti Jigsaw Puzzle Challenge, peserta perlu susun suai semula pecahan puzzle digital menjadi sebuah gambar lengkap dalam tempoh masa yang dikehendaki. Pencapaian direkodkan dan untuk setiap peningkatan, pecahan puzzle akan menjadi lebih banyak daripada peringkat sebelumnya dalam gandaan 26 keping, 60 keping, 100 keping, hingga 300 kepingan gambar. Selain daripada penggunaan teknologi moden dalam pelaksanaan aktiviti yang dapat memantapkan kecekapan penggunaan tetikus dengan betul, peserta juga dapat melatih pemikiran strategi kreatif untuk menyelesaikan pecahan gambar dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Gambar Disini