Tarikh | 18 Oktober 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Bengkel kemahiran pengurusan masa dengan baik.
Aktiviti
Peserta menghadiri kelas pengurusan masa secara dalam talian bersama penceramah. Antara isi kandungan penyampaian yang diberikan adalah pengertian pengurusan masa, kepentingan menjaga masa, kaedah mengoptimumkan pembahagian masa harian yang seimbang dan berkesan serta saranan untuk memperbaiki kemahiran pengurusan masa sedia ada. Disamping penerangan, peserta juga ditayangkan dengan slaid pembentangan yang jelas dan lengkap serta perbincangan contoh situasi yang sering berlaku dikalangan komuniti tentang masalah pengurusan masa.