Tarikh | 05 November 2023 |
Masa | 2.00 Petang - 3.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Memberi rangsangan minda terhadap aktiviti berkonsepkan STEM.
Aktiviti
Peserta diminta melayari laman web Engineering.com yang mempakejkan pelbagai bentuk sumber pengetahuan bidang kemajuan teknologi dan revolusi industri dalam e-risalah, video, e-buku, e-surat khabar, webinar, perisian dan alat digital serta permainan pendidikan bagi tujuan eksplorasi pengguna. Petugas membimbing peserta untuk membuat carian permainan pendidikan Dynamic System yang menguji daya pemikiran kritis penyelesaian masalah terhadap konsep-konsep sains. Terdapat lapisan tahap yang perlu dilalui oleh peserta serta tugasan yang perlu diselesaikan bagi melepasi sesuatu tahap.