Tarikh             09 November 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  19 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan awal pendidikan asas komputer kepada pelajar berumur 4-6 tahun.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang pendidikan asas komputer dengan menunjukkan gambar serta menerangkan fungsi komponen seperti monitor, papan kekunci / keyboard, tetikus dan unit pemprosesan pusat (CPU) serta fungsi semua komponen tersebut pada skrin layar. Bagi mengukuhkan ingatan pelajar, petugas meminta pelajar mengulang sebut nama setiap komponen yang ditunjukkan. Kemudian, para pelajar dibimbing untuk menyertai permainan pendidikan quiziz menggunakan komputer. Bagi penilaian terhadap keberkesanan penyampaian topik, para pelajar perlu mengenalpasti gambar dan klik pada pilihan gambar yang betul mengikut nama komponen yang ditunjukkan pada skrin layar. 

Gambar Disini