Tarikh | 8 Disember 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan aktiviti merangsang minda terhadap pendidikan STEM.
Aktiviti
Petugas meminta peserta untuk melayari laman web engineer.com dan memilih permainan pendidikan Sugar-sugar engineer. Ia menguji pemikiran kritis para peserta bagi menyelesaikan masalah yang diberikan iaitu perlu mencipta laluan bagi titisan gula agar masuk ke dalam cawan-cawan yang disediakan dan memenuhkannya. Terdapat beberapa tahap kesukaran cabaran bermula dari tahap 1 hingga ke tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh peserta apabila mereka dapat menyelesaikan cabaran pada sesuatu tahap.