Tarikh | 16 Disember 2023 |
Masa | 9.30 Pagi - 10.30 Pagi |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan penghasilan infografik menggunakan Canva.
Aktiviti
Pada mulanya, petugas memberikan pengenalan tentang maksud infografik serta contoh-contoh infografik yang diambil dari internet serta laman media. Seterusnya, petugas menunjukkan contoh infografik dengan tajuk Rukun Islam sebagai rujukan buat para peserta. Mereka diminta untuk menghasilkan infografik masing-masing berpandukan contoh yang telah diberikan. Petugas memberi bimbingan langkah demi langkah untuk membuat infografik bermula dari pemilihan latar belakang atau penggunaan template sedia ada, pemilihan teks, font dan saiz font yang sesuai bagi tajuk utama dan isi kandungan infografik, pencarian elemen gambar / grafik yang merujuk kepada input maklumat serta kaedah untuk memuat turun hasil kerja dari Canva ke storan komputer.