Tarikh | 14 Januari 2024 |
Masa | 3.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 orang |
Tujuan
Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Aktiviti
Petugas membimbing pelajar untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Menerusi aktiviti Math Bingo dan Math Fact Basketball, pelajar diberikan beberapa soalan matematik dan jawapan yang betul perlu dipilih daripada nombor-nombor yang telah terpapar pada skrin. Pelajar boleh menetapkan, tahap permainan antara "easy", "medium" atau "hard".
Selain itu, terdapat juga tetapan untuk pemilihan jenis operasi yang akan dilibatkan dalam semua soalan iaitu penambahan, penolakan, pendaraban atau bahagi. Rekod jawapan yang diberikan samada betul atau salah akan dapat dilihat pada akhir setiap pusingan.