Tarikh | 13 Februari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Melatih asas menaip dengan struktur jari yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi arahan kepada peserta untuk membuka laman web ABCYA, seterusnya ke permainan pendidikan Keys & Carrot yang menyediakan latihan menaip mengikut tahap bermula daripada tahap "Beginner", seterusnya "Intermediate" dan "Advanced". Latihan permulaan menghendaki pelajar untuk menaip huruf-huruf yang dipaparkan pada imej lobak yang akan dikutip. Peserta dilatih untuk menggunakan kedua-dua belah tangan bagi menaip pada papan kekunci. Bilangan akhir lobak yang berjaya dikutip menandakan jumlah huruf yang telah ditaip oleh peserta. Peserta yang berjaya menjalani semua latihan akan dibawa ke tahap yang seterusnya.
Petugas memberi bimbingan dan penerangan agar peserta mengamalkan cara menaip menggunakan kaedah yang betul agar kebiasaan itu akan memudahkan mereka untuk menaip dengan pantas. Kelajuan dan bilangan huruf yang ditaip dengan betul direkodkan oleh sistem agar guru dapat memantau prestasi para pelajar pada setiap tahap.