Tarikh | 06 Mac 2024 |
Masa | 2.00 Petang - 3.00 Petang |
Lokasi |
NaDi Peket 100 |
Peserta | 30 Orang |
Tujuan
Memberi pengenalan pengurusan akaun Emel dan Google.
Aktiviti
Petugas menyampaikan pengenalan mengenai kepentingan mendaftar Emel dan mengurus akaun Google pada peranti milik peribadi. Disamping itu, petugas memberikan tutorial mendaftar akaun baru Emel, menunjukkan ciri-ciri utama paparan dan fungsi pada halaman emel dan akaun Google, cara menghantar e-mel, menguruskan kenalan, dan menggunakan langkah-langkah keselamatan asas bagi melindungi keselamatan akaun. Pada akhirnya, semua peserta dapat memiliki akaun Emel masing-masing dan pengetahuan menggunakan e-mel untuk komunikasi peribadi dan profesional.