Tarikh | 07 Mac 2024 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | NaDi Peket 100 |
Peserta | 30 Orang |
Tujuan
Meningkatkan pemahaman tentang konsep praktikal dalam fizik, terutamanya prinsip tekanan dan isipadu gas.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang pengenalan STEM, objektif aktiviti dan arahan untuk melaksanakan aktiviti dengan teratur dan selamat. Peralatan seperti botol plastik dan belon diagihkan kepada setiap peserta. Dengan bimbingan petugas, semua peserta dikehendaki mengisi cuka ke dalam botol plastik, memasukkan serbuk soda bikarbonat ke dalam belon dan memasangkan belon ke mulut botol. Bahagian bawah belon perlu diangkat untuk membiarkan serbuk soda bertindakbalas dengan cecair cuka.Seterusnya, peserta diminta memerhatikan belon mula mengembang secara perlahan akibat pembentukan gas karbon dioksida.