Tarikh             05 April 2024
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kemahiran pengucapan awam kepada peserta.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang pengucapan awam yang merupakan proses penyampaian lisan di depan khalayak umum atau audiens dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat, mempengaruhi pendapat, atau menghibur. Ini melibatkan kemahiran seperti berbicara dengan jelas, penataan idea yang teratur dan penggunaan bahasa tubuh yang sesuai. Pengucapan awam boleh dilakukan dalam bentuk ceramah, perbincangan panel, pembentangan, atau ucapan formal. Tujuan utamanya adalah untuk berkomunikasi dengan jelas dan memberikan kesan yang kuat kepada audiens.
 
Sebagai aktiviti pengukuhan, petugas meminta setiap peserta untuk berdiri dan menyampaikan ucapan ringkas mengenai diri mereka sendiri. Sebelum itu, petugas memberi masa bagi para peserta untuk merangka dan menyusun ucapan mereka sebelum disampaikan dihadapan rakan-rakan yang lain.
 

Gambar Disini