Tarikh             06 April 2024
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  6 Orang

 

Tujuan

Pendedahan asas kepada teknologi Artificial Intelligence.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuat carian Image Creator From Microsoft Designer-Bing atau Bing Image Creator. Laman ini membolehkan pengguna untuk mencipta kandungan visual baru seperti rekaan grafik, komposisi artistik atau meme hasil dari penjanaan ayat yang digambarkan oleh pengguna sendiri. Ia juga boleh dimanipulasi dan ditambahbaik dari hasil penjanaan sebelumnya hingga mencapai visual yang menepati tema dan konsep berdasarkan keinginan pengguna. 

Oleh itu, para peserta diarahkan untuk menyatakan ayat secara terperinci tentang kandungan visual yang mereka ingin hasilkan dan klik pada butang jana untuk melihat hasilnya. Terdapat pilihan bagi peserta samada untuk mencipta akaun secara rasmi, membuat langganan tahap premium atau menggunakan percubaan percuma. Penjanaan bagi penggunaan percuma adalah terhad kepada beberapa cubaan sahaja serta melibatkan jarak masa.

Gambar Disini