Tarikh             19 April 2024
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  4 Orang

 

Tujuan

Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan secara interaktif. Menerusi aktiviti Math Quiz, peserta harus menjalani cabaran Math Bingo yang menghimpunkan soalan-soalan matematik merangkumi 4 operasi asas iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Jawapan bagi soalan yang ditunjukkan dipamerkan dalam bentuk blok-blok angka yang perlu di klik oleh peserta.

Jika jawapan yang dipilih adalah betul, blok tersebut akan digantikan dengan sebuah animasi dan jika ia dapat membentuk satu blok garisan berterusan, garisan tersebut disebut BINGO. Ia menandakan peserta berjaya menyempurnakan cabaran pada sesuatu tahap. Aktiviti ini sangat mencabar daya pemikiran peserta dalam penyelesaian masalah dan pengkayaan teknik pengiraan matematik dengan cekap dan betul.

 

Gambar Disini