Tarikh | 18 Mei 2024 |
Masa | 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 14 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai mewarna menggunakan teknologi digital.
Aktiviti
Bagi aktiviti ini, setiap peserta telah diberi pinjam tablet dan petugas telah meminta peserta membuka aplikasi Ibis Paint di dalam tablet tersebut. Seterusnya, peserta diminta membuka web https://www.slideshare.net/IzaYaniza/mewarna-hari-guru-2023docx dan muat turun gambar hari guru dalam web tersebut. Peserta diminta mewarnakan gambar hari guru yang dipilih mengikut kreativiti masing-masing. Kaedah mewarna secara digital dapat meningkatkan kreativiti peserta.