Tarikh | 14 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi- 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Pengkayaan kaedah penyelesaian masalah melalui pemikiran kreatif yang diintegrasikan dalam STEM.
Aktiviti
STEM mendorong individu untuk berfikir secara kreatif dan mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Dalam aktiviti STEM, peserta diberi peluang untuk menghadapi cabaran dan mencari penyelesaian menggunakan pemikiran logik dan kreatif. Pada aktiviti Jigsaw Puzzle, peserta didedahkan kepada laman web penghasilan Puzzle secara digital, yang boleh dikongsikan melalui pautan. Peserta boleh memuatnaik gambar atau membuat carian gambar yang ingin dipecahkan kepada kepingan Puzzle. Pecahan puzzle boleh ditetapkan menjadi 26 keping, 60 keping, 100 keping, hingga 300 kepingan gambar. Disamping itu, penggunaan teknologi moden dalam pelaksanaan aktiviti ini dapat memantapkan kecekapan penggunaan tetikus dengan betul.
Tarikh | 12 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi- 12.30 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Memberi tutorial kaedah penghasilan video berkualiti bagi Tiktok Affiliate.
Aktiviti
Sebelum kelas bermula, petugas telah menyediakan bahan tutorial seperti tripod stand, kamera, aksesori flatlay, alatan memasak dan produk promosi. Peserta diminta turut serta bersama-sama menjalankan sesi memasak serta diberikan saranan kaedah merakam video seperti tetapan sudut kamera, orientasi skrin, kelantangan suara dan penataan cahaya agar hasil rakaman video memuaskan. Seterusnya, petugas juga memberi pendedahan penggunaan aplikasi Capcut serta Tiktok dalam pengeditan video.
Tarikh | 06 Januari 2024 |
Masa | 11.00 Pagi- 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi pemantapan kefahaman terhadap topik pembelajaran.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang dua tajuk yang dipilih bagi subjek sains iaitu topik campuran dan topik bumi. Selepas itu, peserta diminta mengulang sebut elemen-elemen penting berkaitan topik yang diulangkaji bersama petugas. Bagi menguji tahap kefahaman peserta, peserta diminta menonton video penerangan topik pada pautan khas di Youtube dan perlu menjawab soalan-soalan pengukuhan pada laman kuiz yang diberikan.
Tarikh | 08 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi- 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Membimbing peserta membuat rekaan grafik pada Canva.
Aktiviti
Petugas meminta peserta membuat carian laman web Canva pada pelayar Microsoft Edge. Peserta diminta log masuk pada halaman utama Canva dan menaip New Year Resolution pada tab carian agar dapat membuat pilihan grafik daripada template sedia ada. Petugas membimbing peserta untuk menambah elemen teks, gambar atau sticker pada poster masing-masing disamping menaip senarai azam tahun baru mereka pada template pilihan.
Tarikh | 06 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi- 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Mendedahkan peserta terhadap aktiviti pendidikan STEM bagi tahap sekolah rendah.
Aktiviti
Petugas meminta membuat carian permainan pendidikan pada laman web Engineering.com. Peserta perlu menyelesaikan puzzle box bagi melengkapkan alur laluan untuk sebiji bebola guli melaluinya menuju ke sudut akhir yang ditetapkan. Darjah kesukaran halangan akan semakin meningkat apabila peserta dapat menyelesaikan sesuatu tahap. Permainan pendidikan ini dapat melatih minda kearah kejuruteraan dan pemikiran kreatif peserta bagi menyelesaikan setiap cabaran.