Tarikh             19  Disember 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  8 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan mengenai Shopee Affiliate kepada usahawan.

Aktiviti

Petugas membuat perkongsian secara dalam talian mengenai program Shopee Affiliate yang dapat membantu usahawan serta orang awam menjana pendapatan bersama aplikasi Shopee. Antara topik yang dikongsikan adalah cara untuk mendaftar akaun Shopee Affiliate, syarat pendaftaran, kelebihan menyertai program affiliate,contoh kaedah promosi terhadap produk-produk affiliate di media sosial serta kaedah pembayaran di aplikasi. 
 

Gambar Disini

Tarikh             19  Disember 2023
 Masa   10.00 Pagi- 11.00 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan penggunaan dokumen PDF.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk memuatnaik dokumen dalam bentuk pdf kepada storan komputer. Seterusnya, petugas memberi arahan untuk peserta membuat carian pada pelayar Google bagi carian laman web ilovePDF.com. Ia merupakan laman web yang menyediakan alat bagi pertukaran jenis dokumen lain kepada PDF dan sebaliknya, membenarkan penggabungan atau pengasingan dokumen-dokumen PDF. Peserta dibimbing untuk memuatnaik dokumen PDF ke laman web tersebut dan memilih fungsi merge bagi menggabungkan PDF, serta fungsi split bagi mengasingkan PDF.
 

Gambar Disini

Tarikh             17  Disember 2023
 Masa   9.30 Pagi- 10.30 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Membimbing penerokaan terhadap aktiviti pendidikan STEM bagi tahap sekolah rendah.

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan menunjukkan tutorial untuk menjalankan aktiviti stem melalui video dari Youtube yang ditayangkan pada skrin layar. Dengan menggunakan larutan soda bikarbonat sebagai dakwat, murid-murid dikehendaki menulis ayat-ayat mudah yang ingin disampaikan sebagai mesej pada sekeping kertas. Kemudian, kertas diwarnakan menggunakan larutan kunyit bersama hand sanitizer untuk membolehkan tulisan yang tidak kelihatan muncul untuk dibaca. Pada akhir kelas, semua peserta menunjukkan ayat yang ditulis pada kertas masing-masing kepada rakan-rakan yang lain
 

Gambar Disini

Tarikh             17  Disember 2023
 Masa   11.00 Pagi- 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan serta daya menyelesaikan masalah secara kreatif.

Aktiviti

Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberikan bahan kertas dan beberapa bilah gunting. Mereka diminta untuk memastikan semua ahli kumpulan berada di dalam satu kertas tersebut. Dengan menggunakan sumber internet sebagai rujukan, peserta dibenarkan untuk membuat carian idea bagi mencapai objektif yang dinyatakan oleh petugas. Semua ahli kumpulan mengambil bahagian dan pada akhirnya kedua-dua kumpulan berjaya melakukan aktiviti tersebut.
 

Gambar Disini

Tarikh             16 Disember 2023
 Masa   11.00 Pagi- 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Pengkayaan kemahiran berfikir secara kreatif serta memupuk nilai bekerjasama dan kepimpinan.

Aktiviti

Petugas memberikan sehelai kertas yang mengandungi cabaran "maze" untuk diselesaikan oleh peserta secara bersama-sama dengan menggunakan sebatang pensel yang telah diikat padanya tiga urat tali. Permainan ini memerlukan kerjasama antara semua ahli kumpulan untuk memberi dan menerima arahan disamping mencari jalur jalan penyelesaian bagi gambar yag diberikan.
 

Gambar Disini