Tarikh             20 Disember 2023
 Masa   11.00 Pagi- 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Kampung Baru Nelayan
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas abjad kepada pelajar berumur 4-6 tahun.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan abjad mengikut turutan dan memberi contoh nama haiwan yang bermula dengan abjad tersebut. Pelajar diminta mengulang sebutan abjad nam nama haiwan yang ditunjukkan pada skrin layar. Kemudian, kefahaman dan ingatan pelajar diuji melalui permainan pendidikan kahoot. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul bagi beberapa soalan berkaitan abjad yang telah dipelajari dengan menggunakan tetikus dan monitor pada komputer masing-masing. Di samping itu, ia merupakan latihan buat pelajar untuk menggunakan tetikus dengan cekap.
 

Gambar Disini

Tarikh             15 Disember 2023
 Masa   11.00 Pagi- 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas komputer kepada pelajar berumur 4-6 tahun.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan komponen-komponen komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Pelajar diminta mengulang sebut nama komponen dan mengenalpasti bentuk komponen-komponen tersebut untuk aktiviti yang seterusnya. Kemudian, kefahaman dan ingatan pelajar diuji melalui permainan pendidikan kahoot. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul bagi beberapa soalan berkaitan komponen komputer yang telah dipelajari dengan menggunakan tetikus pada komputer masing-masing. Di samping itu, ia merupakan latihan buat pelajar untuk menggunakan tetikus dengan cekap.
 

Gambar Disini

 Tarikh             16 Disember 2023
 Masa   9.30 Pagi - 10.30 Pagi
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan penghasilan infografik menggunakan Canva.

Aktiviti

Pada mulanya, petugas memberikan pengenalan tentang maksud infografik serta contoh-contoh infografik yang diambil dari internet serta laman media. Seterusnya, petugas menunjukkan contoh infografik dengan tajuk Rukun Islam sebagai rujukan buat para peserta. Mereka diminta untuk menghasilkan infografik masing-masing berpandukan contoh yang telah diberikan. Petugas memberi bimbingan langkah demi langkah untuk membuat infografik bermula dari pemilihan latar belakang atau penggunaan template sedia ada, pemilihan teks, font dan saiz font yang sesuai bagi tajuk utama dan isi kandungan infografik, pencarian elemen gambar / grafik yang merujuk kepada input maklumat serta kaedah untuk memuat turun hasil kerja dari Canva ke storan komputer.

Gambar Disini

 Tarikh             13 Disember 2023
 Masa   2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi penerokaan terhadap teknologi "Artificial Intelligence" dalam permainan pendidikan.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuat carian "Emoji Scavenger Hunt" pada pelayar Google di telefon pintar peserta. Pada halaman utama nya, ia memberi pengenalan mengenai teknologi "neural network" iaitu cabang daripada kemajuan teknologi Artificial Intelligence yang digunakan dalam permainan pendidikan ini. Pada permainan ini, peserta akan diberikan imej-imej emoji dan perlu mencari objek yang sama dengan emoji yang ditunjukkan pada kawasan sekeliling dengan menggunakan pengesanan pada kamera telefon pintar. Masa yang diberikan bermula dari 10 saat dan semakin berkurangan apabila tahap permainan meningkat. Jika peserta dapat mengesan objek yang sama, akan dikira berjaya melepasi sesuatu tahap.

Gambar Disini

 Tarikh             13 Disember 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kaedah membuat editing gambar produk di Canva.

Aktiviti

Petugas meminta peserta membuka laman web Canva iaitu aplikasi web editor dalam talian yang memudahkan pengguna membuat pengubahsuaian grafik dan multimedia. Peserta diarahan untuk memuatnaik gambar produk jualan yang terpilih untuk dijadikan sampel poster. Petugas membimbing peserta untuk memasukkan pelbagai elemen untuk menjadikan sebuah poster yang menarik seperti teks, warna latar belakang, kesan khas pada gambar dan elemen bentuk tambahan.

Gambar Disini