Tarikh             25 November 2023
 Masa   9.00 Pagi - 5.00 Petang 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  71 Orang

 

Tujuan

Mendekati komuniti setempat disamping mempromosikan peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Daerah Sabak Bernam.

Aktiviti

Program Mini Hari Bersama Komuniti diceriakan dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti kelas usahawan, saringan kesihatan, pelbagai pertandingan seperti kuiz digital ICT, mewarna kanak-kanak, menaip pantas, STEM LED Circuit, Puzzle Challenge, Business Pitching dan advokasi penggunaan siber dengan positif. Agensi awam seperti TEKUN, TM Unifi dan Prudential Takaful juga turut serta membuat pameran bagi memeriahkan program. 

Gambar Disini

 Tarikh             18 November 2023
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan tentang bahasa pengaturcaraan komputer HTML (Hyper Text Markup Language). 

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang HTML dengan menunjukkan slaid mengenai asas HTML dan fungsi nya dalam pembinaan sebuah laman web. Seterusnya, petugas meminta peserta melayari laman web W3 Schools iaitu platform pembelajaran digital yang memberi bimbingan secara bertopik akan penggunaan bahasa pengaturcaraan HTML. Peserta mencuba beberapa code asas bagi  menghasilkan paparan teks yang berwarna dan saiz yang berbeza mengikut panduan yang diberikan.

Gambar Disini

 Tarikh             21 November 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang 
 Lokasi

 SRA Parit Baru

 Peserta  60 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan asas komputer, proses serta fungsi komponennya.

Aktiviti

Aktiviti pengenalan asas komputer telah dijalankan pada program Klik Dengan Bijak di SRA Parit Baru. Petugas memberi penerangan tentang komponen input, output dan storan serta contoh perkakasan bagi setiap komponen, fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, CPU, contoh perisian komputer yang membantu pencarian maklumat serta penghasilan bahan multimedia dan dokumen seperti pelayar google, aplikasi zoom dan perisian microsoft. Cara penyampaian pengajaran juga melibatkan respon dari peserta bagi meningkatkan pemahaman dan pengayaan pengetahuan mereka tentang asas komputer.

Gambar Disini

 Tarikh             21 November 2023
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  60 Orang

 

Tujuan

Menilai pemahaman pembelajaran asas ICT dikalangan peserta Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Program Klik Dengan Bijak dilaksanakan di SRA Parit Baru bersama 60 orang peserta terdiri dari murid tahun 6 dan tahun 4. Petugas PEDi menyampaikan penerangan mengenai pengenalan asas ICT, STEM-IOT, dan advokasi penggunaan internet secara positif. Disamping itu, pembelajaran disertakan dengan aktiviti kuiz bagi menguji tahap perhatian dan penerimaan oleh murid terhadap penyampaian maklumat bagi setiap kategori topik. Semua peserta menunjukkan sikap proaktif dengan mengambil bahagian untuk menjawab soalan-soalan kuiz. Hadiah turut disampaikan bagi peserta yang memberikan jawapan kuiz dengan betul.

Gambar Disini

 Tarikh            18 November 2023
 Masa   2.00 Petang - 5.30 Petang 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Bimbingan kaedah penulisan copywriting berkesan untuk pemasaran perniagaan.

Aktiviti

Bengkel ini dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Penceramah ialah Tuan Firdhaus Muntazar yang merupakan pengasas Bootcamp Revolusi Online dan berpengalaman dalam bidang pemasaran digital selama lebih dari 15 tahun. Pada sesi ini, peserta diberikan penerangan tentang penstrukturan semula formula Copywriting yang sering digunapakai seperti PSR iaitu Problem, Solution, Result kepada HPSRA iaitu Headline, Problem, Solution, Result, Action. Disamping itu, pelbagai contoh penulisan serta situasi pemasaran yang diketengahkan oleh penceramah hingga mampu membuka minda usahawan tentang idea baru copywriting yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan leads dan sale perniagaan. 

Gambar Disini