Tarikh | 19 November 2023 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Pengenalan Linkedin sebagai laman media sosial.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan tentang platform LinkedIn yang boleh diakses melalui pelayar laman web atau aplikasi mobil. Ia merupakan ruangan sosial yang berfokuskan kepada isi kandungan bisnes dan kemahiran profesional. Petugas juga menerangkan pengguna boleh memanfaatkan LinkedIn untuk mencari pekerjaan atau latihan amali yang sesuai, berhubung dan mengukuhkan hubungan profesional serta mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya.
Seterusnya, petugas membantu peserta untuk mendaftar akaun baru Linkedin menggunakan alamat emel dan membuat hantaran pertama pada profil peserta. Disamping itu, petugas juga menunjukkan contoh beberapa profil pengguna yang lain sebagai rujukan untuk peserta meneroka lebih banyak lagi fungsi dan kelebihan ruangan sosial di Linkedin.
Tarikh | 07 November 2023 |
Masa | 2.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Pendedahan kepada usahawan untuk memulakan jualan dalam talian di aplikasi Shopee
Aktiviti
Kelas bimbingan Shopee Seller disampaikan oleh penceramah dalam talian secara webinar. Antara isi kandungan adalah berkaitan tips dan penerangan menggunakan aplikasi dan laman web Shopee Seller bagi menambah jenis produk, penetapan kategori produk, penerangan tentang produk, memasukkan gambar produk serta kemaskini bilangan stok serta variasi produk bagi memudahkan pemilihan oleh pengguna.
Tarikh | 11 November 2023 |
Masa | 10.30 Pagi - 11.30 Pagi |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Pendedahan asas kepada teknologi Artificial Intelligence.
Aktiviti
Peserta diminta membuat carian laman web Canva. Pada halaman baru, petugas membimbing peserta untuk menggunakan tools AI image generator pada bahagian elemen untuk mentransformasi teks kepada gambar yang dihuraikan secara terperinci. Penjanaan gambar juga boleh ditetapkan mengikut style pilihan pengguna seperti photography, digital art atau fine art dengan campuran kesan khas yang berbeza. Peserta memberikan arahan untuk AI menjana imej sebuah DC motor iaitu komponen elektronik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.
Tarikh | 11 November 2023 |
Masa | 2.30 Petang - 3.30 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan menggunakan Microsoft Excel untuk membuat dokumen simpanan data.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, petugas menunjukkan contoh data yang perlu dipindahkan menjadi dokumen excel sebagai panduan kepada peserta. Kemudian, petugas meminta peserta untuk membuka perisian Microsot Excel pada komputer. Petugas membimbing peserta untuk membuat "table", menetapkan bilangan baris dan column serta mewarnakan column dengan warna berbeza mengikut kategorinya.
Tarikh | 10 November 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Memberi pengayaan kemahiran komunikasi berkesan terhadap individu.
Aktiviti
Peserta ditayangkan dengan video kemahiran komunikasi oleh pakar. Antara kandungan video yang disampaikan oleh penceramah adalah berkaitan adab dan etiket ketika berkomunikasi dalam suasana atau konteks berbeza, cara penggunaan nada, gaya suara dan laras bahasa yang sesuai, kemahiran penggunaan bahasa tubuh serta beberapa tips komunikasi bagi menonjolkan kredibiliti dan pembawaan diri.