Tarikh             09 November 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  19 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan awal pendidikan asas komputer kepada pelajar berumur 4-6 tahun.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang pendidikan asas komputer dengan menunjukkan gambar serta menerangkan fungsi komponen seperti monitor, papan kekunci / keyboard, tetikus dan unit pemprosesan pusat (CPU) serta fungsi semua komponen tersebut pada skrin layar. Bagi mengukuhkan ingatan pelajar, petugas meminta pelajar mengulang sebut nama setiap komponen yang ditunjukkan. Kemudian, para pelajar dibimbing untuk menyertai permainan pendidikan quiziz menggunakan komputer. Bagi penilaian terhadap keberkesanan penyampaian topik, para pelajar perlu mengenalpasti gambar dan klik pada pilihan gambar yang betul mengikut nama komponen yang ditunjukkan pada skrin layar. 

Gambar Disini

Tarikh             07 November 2023
 Masa   9.30 Pagi - 10.30 Pagi
 Lokasi  PEDi Kampung Baru Nelayan
 Peserta  19 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran awal pendidikan asas komputer kepada pelajar umur 4-6 tahun.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang komponen-komponen asas sebuah komputer seperti monitor, papan kekunci / keyboard, tetikus dan unit pemprosesan pusat (CPU) serta fungsi semua komponen tersebut. Pembelajaran disertakan dengan paparan gambar serta teks pada skrin layar. Semua pelajar diminta menyebut bersama-sama nama setiap komponen bagi mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran. Setelah itu, pelajar dibimbing menggunakan komputer untuk menyertai permainan pendidikan quiziz yang disediakan oleh petugas. Para pelajar perlu mengenalpasti gambar dan klik pada pilihan gambar yang betul mengikut nama komponen yang ditunjukkan pada skrin layar.

Gambar Disini

Tarikh             05 November 2023
 Masa   2.00 Petang - 3.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi rangsangan minda terhadap aktiviti berkonsepkan STEM.

Aktiviti

Peserta diminta melayari laman web Engineering.com yang mempakejkan pelbagai bentuk sumber pengetahuan bidang kemajuan teknologi dan revolusi industri dalam e-risalah, video, e-buku, e-surat khabar, webinar, perisian dan alat digital serta permainan pendidikan bagi tujuan eksplorasi pengguna. Petugas membimbing peserta untuk membuat carian permainan pendidikan Dynamic System yang menguji daya pemikiran kritis penyelesaian masalah terhadap konsep-konsep sains. Terdapat lapisan tahap yang perlu dilalui oleh peserta serta tugasan yang perlu diselesaikan bagi melepasi sesuatu tahap.

Gambar Disini

Tarikh             06 November 2023
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan bagi membuat buku skrap bertema menggunakan Canva.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk melayari laman web canva dan membuat carian template "scrapbook" sebagai rujukan. Para peserta memilih destinasi pelancongan sebagai tema buku skrap mereka dan menggunakan template yang sesuai dengan tema tersebut. Petugas memberi bimbingan untuk peserta menggunakan fungsi-fungsi seperti edit photo, pilihan flip photo, menukar warna atau gambar latarbelakang, menggunakan elemen animasi, menyusun posisi gambar, menambah kapsyen pada gambar serta halaman baru.

Gambar Disini

Tarikh             04 November 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pendedahan teknik pemasaran digital AI bersama Dattel Asia Group.

Aktiviti

Dattel Asia Group X REV membuka peluang bagi para usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) bagi menstruktur pembahagian segmen pelanggan dan memfokuskan target pemasaran kepada golongan tepat bagi mengoptimumkan penggunaan bajet terhadap pemasaran. Penganalisaan data dan sikap pengguna akan dibantu dengan penggunaan teknologi Artificial Intelligent dengan bimbingan konsultan terlatih. Peserta diberi pengenalan kepada kepentingan dan kelebihan penggunaan platform yang diketengahkan oleh Dattel, perbincangan kumpulan sokongan melalui Whatsapp Group serta kelas susulan dan senarai pakej pemasaran yang ditawarkan. 

Gambar Disini