Tarikh             01 November 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta penggunaan asas Microsoft Word.

Aktiviti

Petugas meminta peserta membuka perisian Microsoft Word pada laptop dan komputer. Petugas menerangkan tentang fungsi asas bagi beberapa elemen yang membantu individu menghasilkan dokumen seperti pemilihan jenis font, saiz font, warna tulisan, membuat perenggan, menambah baris teks, memadam tulisan, penggunaan table, kaedah menaip dengan betul serta cara menyimpan dan membuka semula dokumen Word. Disamping itu, peserta diberi tugasan praktikal menghasilkan dokumen mengikut contoh yang diberi bagi mengukuhkan kefahaman mereka. Pada akhirnya, peserta dapat menyiapkan tugasan dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh             22 Oktober 2023
 Masa   3.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi Photoroom bagi suntingan gambar.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk memuat turun aplikasi Photoroom pada telefon pintar peserta. Peserta dibimbing untuk mendaftar akaun baru bagi mendapatkan akses kepada fungsi-fungsi yang tersedia pada aplikasi tersebut. Untuk memulakan suntingan, peserta diminta untuk memilih satu keping gambar daripada galeri dan akan dimuatnaik ke ruangan penyuntingan. Pengguna boleh memilih untuk menyesuaikan suntingan secara tersendiri atau membuat suai padan antara gambar dengan template tersedia yang diklasifikasikan dengan pelbagai tema dan kesan khas.

Gambar Disini

Tarikh             15 Oktober 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Membantu usahawan membuat pendaftaran SSM.

Aktiviti

Petugas membantu para usahawan yang hadir untuk mendaftar akaun EZBiz bagi memudahkan urusan berkaitan permohonan sijil SSM, pembaharuan sijil perniagaan atau kemaskini maklumat berkaitan perniagaan pada portal tersebut. Peserta memberi kerjasama yang baik dan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mempercepatkan proses pendaftaran dan pembaharuan sehingga selesai.

Gambar Disini

Tarikh             30 Oktober 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  9 Orang

 

Tujuan

Melatih pelajar menggunakan perisian Microsoft Power Point sebagai medium untuk menyampaikan bahan-bahan ilmiah dalam silibus pembelajaran.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan mengenai Microsoft PowerPoint sebagai perisian yang boleh digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Pelajar didedahkan kepada beberapa fungsinya seperti penyuntingan teks, menambah grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. Pada akhir pembelajaran, pelajar berjaya menghasilkan bahan pembentangan ilmiah bagi satu topik mengikut kreativiti mereka.

Tarikh             18 Oktober 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Bengkel kemahiran pengurusan masa dengan baik.

Aktiviti

Peserta menghadiri kelas pengurusan masa secara dalam talian bersama penceramah. Antara isi kandungan penyampaian yang diberikan adalah pengertian pengurusan masa, kepentingan menjaga masa, kaedah mengoptimumkan pembahagian masa harian yang seimbang dan berkesan serta saranan untuk memperbaiki kemahiran pengurusan masa sedia ada. Disamping penerangan, peserta juga ditayangkan dengan slaid pembentangan yang jelas dan lengkap serta perbincangan contoh situasi yang sering berlaku dikalangan komuniti tentang masalah pengurusan masa.

Gambar Disini