LAPORAN OKTOBER 2023 I E-PEMBELAJARAN: PENGENALAN ANGKA SECARA INTERAKTIF BERSAMA TADIKA SRI NAKHODA
Tarikh | 20 Oktober 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas mengenal dan mengingat nombor serta susunannya secara interaktif.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan angka 1 - 10 melalui kaedah nyanyian yang menerangkan cara-cara mengingat bentuk sesuatu angka. Para pelajar dikehendaki menyanyi bersama guru sambil menulis nombor yang disebutkan pada laman paint di tablet yang disediakan.
Pada aktiviti seterusnya yang menggunakan komputer pula, mereka dikehendaki menyambung garisan-garisan putus pada angka yang disediakan sebagai latihan menggunakan tetikus dan komputer.
Tarikh | 09 September 2023 |
Masa | 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas secara konsep tentang fungsi Phyton sebagai bahasa pengaturcaraan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan kepada para peserta tentang bahasa pengaturcaraan komputer Phyton yang sering digunakan untuk membina aplikasi web. Selain itu, peserta juga diberikan tips untuk mula mempelajari tentang pengaturcaraan komputer melalui laman web W3Scholls yang menyediakan bimbingan dan tutorial secara terperinci dan langsung.
Tarikh | 21 September 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Membantu usahawan untuk meneroka medium Tiktok Shop serta melibatkan diri sebagai Tiktok Affiliate.
Aktiviti
Pada permulaan bengkel, petugas memberi penerangan mengenai aplikasi Tiktok Shop serta kelebihan affiliate yang boleh digunakan oleh usahawan daripada fungsi-fungsi yang disediakan pada aplikasi tersebut. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial membuat "live" sebagai salah satu kaedah untuk usahawan dapat meningkatkan hasil jualan serta menambah "viewers" pada akaun kedai mereka. Disamping itu, usahawan juga diberikan tips serta pandangan mengenai persediaan sebelum membuat "live" seperti pemilihan waktu bersiaran, hebahan waktu siaran kepada pengikut, penyediaan teks atau info produk serta pemilihan kaedah yang ingin disampaikan ketika "live".
Tarikh | 09 September 2023 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Pendedahan terdahadap teknologi Augmented Reality untuk pembelajaran sistem solar.
Aktiviti
Para peserta diberikan tablet dan diminta membuka aplikasi Edu Apl untuk mempelajari topik sains sistem solar dengan menggunakan kemudahan Augmented Realiti.
Tarikh | 20 September 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Membantu usahawan untuk melibatkan diri sebagai Shopee Affiliate.
Aktiviti
Pada permulaan bengkel, petugas memberi penerangan mengenai Program Shopee Affiliate serta kelebihannya. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial dan membimbing para usahawan untuk membuat pendaftaran bagi menyertai program Affiliate Shopee. Selain itu, peserta juga diberi maklumat tentang prosedur pendaftaran, kriteria pemilihan usahawan yang layak menyertai affiliate dan kadar bayaran kosmisyen yang ditetapkan bagi kaedah jualan oleh affiliate.