Tarikh             09 September 2023
 Masa   4.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada penggunaan laman web Canva untuk menghasilkan komik digital.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk melayari laman web Canva dan membuat carian "Comic Stripe" bagi mendapatkan berbagai "template" komik yang tersedia. Kemudian, peserta dikehendaki untuk menetapkan pilihan tajuk serta  jalan cerita yang ingin diilustrasikan pada komik. Seterusnya, peserta dibantu untuk membuat carian elemen grafik yang sesuai seperti karakter animasi, grafik  latar belakang, benda, bentuk atau objek serta pemilihan "callout shape" untuk disertakan pada komik peserta. Akhirnya, peserta berjaya menghasilkan komik digital yang menarik dan dimuat turun agar dapat dikongsikan.

Gambar Disini

 Tarikh             09 September 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Melatih asas menaip dengan struktur jari yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta untuk membuka laman web Monkeytype yang menyediakan latihan menaip dan ujian kepantasan menaip melalui beberapa pilihan yang boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna. Peserta dilatih untuk menggunakan kedua-dua belah tangan bagi menaip pada papan kekunci. 

Petugas memberi bimbingan dan penerangan agar peserta mengamalkan cara menaip menggunakan kaedah yang betul agar kebiasaan itu akan memudahkan mereka untuk menaip dengan pantas. Kelajuan dan bilangan huruf yang ditaip dengan betul direkodkan oleh sistem dan ditunjukkan selepas masa ujian tamat untuk peserta menilai sendiri prestasi mereka.

Gambar Disini

Tarikh             06 September 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Kg Baru Nelayan
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran mengenal jenis-jenis serangga serta pengenalan asas kepada komponen komputer secara interaktif. 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan kepada beberapa jenis serangga termasuk nama, warna, sifat-sifat fizikal dan habitat serangga yang ditunjukkan. 
 
Bagi mengukuhkan ingatan pelajar, mereka diuji dengan permainan pendidikan Quiziz. Para pelajar dibimbing oleh petugas untuk menggunakan komputer bagi menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan disamping sebagai latihan menggunakan tetikus dan monitor.
 

Gambar Disini

Tarikh             06 September 2023
 Masa   2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  7 Orang

 

Tujuan

Pemantapan penggunaan Microsoft Power Point dalam membuat pembentangan.

Aktiviti

Bengkel dimulakan dengan petugas menunjukkan contoh template biodata diri sebagai panduan buat para peserta. Para peserta juga menerima penerangan tentang input-input yang perlu dan boleh disertakan pada biodata seperti maklumat am individu, latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran, pencapaian serta video pendek resume.
 
Selain itu, petugas juga menyediakan beberapa template pembentangan Power Point yang dikongsikan kepada semua peserta agar mereka boleh menyesuaikan template yang diberikan selaras dengan maklumat biodata mereka. Akhir sekali, para peserta dikehendaki menghasilkan biodata menggunakan template Power Point yang telah dipilih dengan bimbingan petugas.
 

Gambar Disini

Tarikh             05 September 2023
 Masa   2.00 Petang - 4 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan asas kepada usahawan digital untuk menghasilkan "copywriting" di platform Facebook. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang kepentingan menggunakan kaedah copywriting yang menarik dalam mempromosikan produk jualan atau perkhidmatan yang diniagakan oleh usahawan pada platform Facebook. Terdapat tiga kaedah penulisan yang dikongsikan iaitu ""teaser", "hard sell" dan "soft sell". Petugas juga memberikan tips yang lebih terperinci bagi menghasilkan copywriting menggunakan antara tiga kaedah tersebut disamping menunjukkan beberapa contoh "posting" yang diambil daripada Facebook oleh beberapa perusahaan terkenal. Seterusnya, setiap peserta dikehendaki untuk menghasilkan satu contoh ayat jualan bagi setiap satu teknik dan membuat perkongsian dengan peserta yang lain.

 

Gambar Disini