Tarikh             05 September 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Bengkel pemantapan penggunaan Microsoft Word. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang format rasmi surat berhenti kerja / perletakan jawatan sebagai rujukan kepada para peserta sebelum menaip surat tersebut menggunakan perisian Microsoft Word. Disamping itu petugas juga membincangkan prosedur lazim jika seseorang individu ingin berhenti bekerja di sesebuah lokasi / syarikat. Seterusnya, para peserta diminta untuk mula menaip surat berhenti kerja seperti yang ditunjukkan melalui contoh format yang diberikan oleh petugas. Peserta juga diberikan bimbingan untuk memilih jenis font dan saiz tulisan yang sesuai serta beberapa tetapan lain agar surat kelihatan kemas dan teratur. Pada akhir kelas, semua peserta dapat menghasilkan surat berhenti kerja dengan baik. 
 

Gambar Disini

Tarikh             15 Ogos 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Membimbing individu secara asas mengenai penampilan diri yang profesional dan beradab ketika menghadiri temuduga. 

Aktiviti

Penceramah mengoptimumkan masa yang diberikan dengan penyampaian perkongsian yang padat dan menarik. Antara sub topik yang dibawakan adalah mengenai persediaan sebelum menghadiri temuduga, pemilihan pemakaian dan aksesori yang sesuai, bersih dan kemas pada hari temuduga serta perkara yang wajar atau tidak wajar dilakukan ketika menjawab soalan, berjalan atau duduk ketika berhadapan dengan bakal majikan.  
 
Para peserta juga didedahkan dengan ilmu bisnes etiket dan kemahiran komunikasi profesional yang mampu melonjakkan kerjaya dan reputasi organisasi. Disamping penerangan, penceramah membenarkan peserta untuk bersoal jawab bagi sebarang kemusykilan berkaitan kursus yang disampaikan.
 

Gambar Disini

Tarikh             05 Ogos 2023
 Masa   2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Bengkel untuk memantapkan penguasaan subjek matematik.

Aktiviti

Petugas memberikan arahan untuk peserta membuka laman web latihan matematik interaktif dan peserta dikehendaki menjawab semua soalan berkaitan pemahaman tentang konsep-konsep matematik. Di samping itu, petugas juga memberikan penerangan berkaitan program pemantapan STEM dan IOT dalam silibus akademik semasa.
 

Gambar Disini

Tarikh             11 Ogos 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas mengenal dan mengingat nombor serta susunannya secara interaktif. 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan nombor 1 - 5 melalui kaedah nyanyian yang menerangkan cara-cara mengingat bentuk sesuatu angka. Para pelajar dikehendaki menyanyi bersama guru sambil membuat gaya menulis nombor yang disebutkan.
 
Bagi mengukuhkan kefahaman pelajar, mereka diuji dengan permainan pendidikan online paint. Para pelajar diberikan tablet beserta pen untuk membolehkan mereka menulis nombor yang disebutkan oleh petugas. Pada aktiviti seterusnya yang menggunakan komputer pula, mereka dikehendaki menyambung garis-garis putus pada nombor yang disediakan sebagai latihan menggunakan tetikus dan komputer.
 

Gambar Disini

Tarikh             12 Ogos 2023
 Masa   2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  4 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran untuk menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) menghasilkan Animated Drawing.

Aktiviti

Petugas memberikan kebenaran menggunakan tablet bagi tujuan pembelajaran kepada semua peserta. Pada mulanya, peserta diminta untuk membuat carian laman web animated drawing AI pada tablet masing-masing. Seterusnya, peserta dikehendaki untuk melukis satu imej dan mengambil gambar imej tersebut dengan aplikasi kamera pada tablet untuk dimuat naik ke laman web. Imej akan diimbas dan dijana menjadi karakter animasi AI yang interaktif.
 

Gambar Disini