Tarikh | 08 Januari 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Membimbing peserta untuk membuat nombor muka surat pada dokumen Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas meminta peserta untuk membuka perisian Microsoft Word dan mencipta helaian kosong. Peserta menaip isi kandungan pada beberapa muka surat. Selepas itu, petugas memberi bimbingan untuk memasukkan nombor muka surat pada setiap helaian. Kemudian, petugas juga memberi penerangan tentang cara menetapkan format-format tertentu bagi nombor muka surat seperti angka, huruf jawi, abjad atau angka roman ,kedudukan nombor samada di bahagian atas atau bawah dokumen, style, design, font atau warna yang ingin diaplikasikan pada nombor serta cara untuk remove nombor pada muka surat.
Tarikh | 19 Januari 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Membimbing individu secara asas mengenai penampilan diri yang profesional dan kemas di tempat kerja.
Aktiviti
Antara sub topik yang dibawakan oleh petugas adalah mengenai pemilihan pemakaian dan aksesori yang sesuai, bersih dan kemas bagi staf lelaki dan wanita di tempat kerja, adab,etika dan kemahiran komunikasi profesional yang mampu melonjakkan kerjaya dan reputasi organisasi. Disamping penerangan, petugas membenarkan peserta untuk bersoal jawab bagi sebarang kemusykilan berkaitan topik yang dikongsikan.
Tarikh | 15 Januari 2024 |
Masa | 11.00 Pagi- 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas komputer kepada pelajar berumur 5-6 tahun.
Aktiviti
Tarikh | 17 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kemahiran asas pengendalian dokumen PDF.
Aktiviti
Pada mulanya, peserta diminta untuk membuka laman web ilovePDF yang menyediakan pelbagai alat pengendalian dokumen PDF seperti PDF editor, split, merge, compress, convert, rotate, protect PDF, unlock PDF dan banyak lagi fungsi. Bagi kelas kali ini, petugas menumpukan kepada kemahiran mengedit dokumen asal PDF. Peserta perlu klik pada ikon "Edit PDF", seterusnya memuatnaik sebarang dokumen jenis PDF yang ingin diubahsuai kandungannya. Antara elemen baru yang boleh ditambah adalah teks, gambar, lukisan dan bentuk. Pengguna boeh menetapkan jenis font pilihan, saiz / warna bagi teks, gambar atau bentuk yang dimasukkan.
Tarikh | 14 Januari 2024 |
Masa | 3.30 Petang - 4.30 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 orang |
Tujuan
Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Aktiviti