Jumlah keseluruhan taburan kes Covid-19 di Malaysia.
10 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini melibat 7 kes import dan 3 kes tempatan.
Daripada 3 kes tempatan tersebut, 1 kes adalah bukan warganegara.
7 kes import adalah daripada Arab Saudi.
Kluster Pudu adalah kluster terbaharu yang diisytiharkan tamat pada hari ini, menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 54.
Terima kasih kepada anda, rakyat Malaysia yang sentiasa mematuhi nasihat dan saranan oleh kerajaan dan KKM. Terus amalkan kebersihan dan melakukan penjarakan sosial apabila berada di luar.