Hasil penilaian Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mendapati:
1. Tiada bukti menunjukkan peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan #COVID19.
2. Jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan.
3. Prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman dalam badan manusia.
4. Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kpd selaput badan (membrane mucosa) spt mata dan mulut.
Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan peralatan yang telah dinyatakan itu untuk mengurangkan jangkitan #COVID19 terhadap manusia.
- Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham