Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 116 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,326 kes (70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).