Misi melindungi dan menyelamatkan warga emas di dalam keluarga kita daripada terjadinya kluster raya.

Tanggungjawab untuk melindungi warga emas yang anda sayangi kini terletak pada diri anda dan ahli keluarga. Bukan lagi kerajaan. Bukan lagi KKM.

Jika anda pada ketika ini tinggal bersama dengan orang tua anda, nasihatkan ahli keluarga yang jauh yang ingin pulang ke kampung halaman agar jangan meneruskan niat mereka. Raya tahun ini hanya untuk keluarga terdekat sahaja.

Program ziarah sedara mara juga tidak lagi dilakukan kerana ianya bukan lagi norma. Beritahu siap-siap sedara mara agar semuanya memahami. Walaupun SOP MKN menetapkan 20 orang sehari, mencegah lebih baik dari mengubati.

Jika anda tinggal berjauhan dari keluarga, terus tinggal di sana dan setiasa tabah dan cekal dalam beraya berjauhan dari keluarga tercinta. Anggaplah ianya pengorbanan yang besar untuk ibu ayah tercinta. InsyaAllah, kita akan dapat bertemu untuk beraya seperti sebelum ini pada tahun depan.

 

97510680 2631900163766506 4908077734384631808 o