Kesan tompokan berwarna merah bata di lampin bayi yang baru dilahirkan mungkin menyebabkan sesetengah ibu bapa bimbang dan panik.
Bertenang, ia adalah satu perkara yang normal bagi bayi yang baru dilahirkan.
Enapan berwarna merah bata ini selalu disangka darah. Ia sebenarnya adalah Crystal Urate, iaitu sejenis garam yang disingkirkan dari metabolisma urik asid dalam tubuh bayi.
Untuk tempoh 3 hari pertama kelahiran, ia adalah satu perkara yang normal. Jika ia berpanjangan, ia mungkin petanda bayi kurang susu dan perlu diberi minum susu dengan lebih kerap.
.
Jika anda kurang pasti, bawa lampin tersebut dan tunjukkan kepada doktor/ jururawat semasa pemeriksaan