Selasa, 19 Mei 2020 (Setakat jam 12 tengahari)
 
Sebanyak 6 kes baru dilaporkan pada hari ini dan menjadikan kes keseluruhan di Selangor berjumlah sebanyak 1,650 kes.
 
Anda diingatkan bahawa rentas negeri dilarang terutamanya untuk balik kampung beraya. Nak beraya, rumah pun boleh. Janji anda raya bersama keluarga tercinta. Juga sentiasa amalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask.
Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab.
 

Misi melindungi dan menyelamatkan warga emas di dalam keluarga kita daripada terjadinya kluster raya.

Tanggungjawab untuk melindungi warga emas yang anda sayangi kini terletak pada diri anda dan ahli keluarga. Bukan lagi kerajaan. Bukan lagi KKM.

Jika anda pada ketika ini tinggal bersama dengan orang tua anda, nasihatkan ahli keluarga yang jauh yang ingin pulang ke kampung halaman agar jangan meneruskan niat mereka. Raya tahun ini hanya untuk keluarga terdekat sahaja.

Program ziarah sedara mara juga tidak lagi dilakukan kerana ianya bukan lagi norma. Beritahu siap-siap sedara mara agar semuanya memahami. Walaupun SOP MKN menetapkan 20 orang sehari, mencegah lebih baik dari mengubati.

Jika anda tinggal berjauhan dari keluarga, terus tinggal di sana dan setiasa tabah dan cekal dalam beraya berjauhan dari keluarga tercinta. Anggaplah ianya pengorbanan yang besar untuk ibu ayah tercinta. InsyaAllah, kita akan dapat bertemu untuk beraya seperti sebelum ini pada tahun depan.

 

97510680 2631900163766506 4908077734384631808 o

Kes baharu dilaporkan: 37 (Terdapat 2 kes import pada hari ini)
 
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,978
 
Jumlah kes aktif: 1,218
 
Kes sembuh: 31
 
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,646
 
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 11 (Seramai 6 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
 
Kematian: 1
 
Jumlah keseluruhan kematian: 114
 
Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
- CPRC KKM

Hanya individu yang mengalaminya faham situasi ini ðŸ˜…

Isu ini telah dibangkitkan lebih awal dikalangan pakar bedah dimana mereka mengalami masalah cermin mata berkabut semasa melakukan pembedahan.

1. Basuh cermin mata dengan sabun, dan kemudian keringkan. Ini akan wujudkan satu lapisan nipis yang mencegah pembentukan wap air di permukaan cermin mata

2. Paling penting, pastikan bahagian atas topeng muka rapat ke wajah dengan kemas. Tekan wayar besi di atas hidung dan boleh gunakan pita pelekat untuk memastikan ia tidak renggang.

3. Letak satu lapisan tisu dibawah topeng muka. Inj akan membantu penyerapan wap air dari saluran pernafasan.

97094350 2631874767102379 2504666824986066944 n