Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya yang dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 23 Mei:
β’ Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
β’ Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
β’ Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.
β’ Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.
β’ Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
β’ Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan
Terdapat enam negara yang mempunyai 100,000 kes ke atas, 3 negara mempunyai 200,000 kes ke atas dan satu negara yang mempunyai 1 juta kes ke atas.
Dalam kalangan negara-negara yang disebutkan di atas kes kematian yang paling rendah adalah Rusia iaitu 0.92% atau 1,723 kes dan kesembuhan yang paling tinggi adalah Jerman iaiitu 84% atau 143,300 kes.
- CPRC KKM