Daripada 57 kes baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 April 2020, 25 adalah kes import.

Daripada jumlah itu pula, 12 adalah rakyat Malaysia yang mengembara ke Emiriah Arab Bersatu, 6 ke Mesir, 3 ke Singapura, 2 ke Norway, serta 1 masing-masing ke Indonesia dan UK.

 

95085012 10156993879906237 1684075553142865920 n94692597 10156993879846237 4690779443206029312 n

Setakat 30 April 2020, terdapat 8 negara yang merekodkan jumlah kes melebihi 100 ribu kes. Rusia adalah negara terbaru melebihi 100 ribu kes selepas Turki.

Kadar kematian dunia setakat ini adalah 7.11% dengan 227,849 kematian.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang

95523786 10156993986716237 3138174063059402752 o

PUTRAJAYA: Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut.
Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua. Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah.

“Tetapi apa yang kita perlu laksanakan ialah membuat kajian untuk gelombang kedua (membabitkan) pesakit-pesakit kita yang telah disahkan (positif COVID-19) dan pulang dari negara tertentu, contohnya. Jadi, kita masih melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa mengesan 10 mutasi berbeza, di mana salah satunya disifatkan lebih berbahaya.

Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.

sumber: astro awani

 

41587396377 FBREAKNoorHishamAbd

 

 Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.48%, dari negara Amerika Syarikat dimana jumlah kes di negara tersebut melebihi 1 juta hari ini.

Kadar kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan 15.49%.

95709006 10156990063506237 3348010905123160064 o