Apa khabar anak anak anda di rumah?
Anak anak biasanya tidak tahu untuk mengungkapkan rasa stress dan bimbang, oleh itu mereka akan menzahirkan emosi tersebut dalam bentuk perubahan tingkahlaku.
Wabak covid 19 mampu memberi kesan mental kepada semua, tidak terkecuali kanak kanak.
.
Bagi mencegah implikasi mental kepada anak anak
Beritahu dengan jujur mengenai situasi Covid-19
Jangan takutkan atau mengertak mereka secara keterlaluan
Beritahu kepada mereka yang mereka SELAMAT di rumah
Cuba minta mereka kongsi perasaan mereka. Berbual dan bercakap setiap hari
Elakkan mendedahkan terlalu banyak berita mengenai Covid kepada mereka. Mereka mungkin melakukan interpretasi yang tidak tepat
Rancang aktiviti setiap hari
Tunjukkan contoh yang baik
Semoga anda dan keluarga sihat dan berada dalam keadaan baik
Sumber:publichealthmalaysia
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19