Lebih 2.4 juta dijangkiti #COVID19 di seluruh dunia mengikut statistik terbaru @WHO
32% kes di Amerika Syarikat dan negara asal wabak itu, China, hanya 3.5% kes.
Di Asean, Singapura kes tertinggi manakala Indonesia kematian tertinggi.
Lebih 60% kes di Malaysia sembuh.
Penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu lalu.
Namun demikian, jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua minggu akan datang, memandangkan aktiviti pengesanan kes #COVID19 masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti terlibat bawah PKPD. - KPK @DGHisham
#KitaTeguhKitaMenang
#StrongerTogether
#skmm
#stayathome
#staysafe
Persoalan yang sering ditanya...
Bolehkah virus Covid 19 disebarkan menerusi duit?
.
Sehingga kini, tiada bukti yang dapat membuktikan penyebaran virus covid 19 menerusi duit. Namun titisan air pernafasan individu yang dijangkiti boleh mencemari mana mana permukaan objek termasuk duit.
Sebagai langkah pencegahan, pastikan tangan anda dicuci sebelum dan selepas menyentuh duit. Elakkan menyentuh muka atau mencium, menghidu duit.
Sumber: WHO