Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan coronavirus adalah mengapa ia hanya menyebabkan gejala ringan pada kebanyakan orang, tetapi boleh menyebabkan kematian pada individu lain.

Satu perkara penting yang diperhatikan adalah virus Covid 19 mampu membiak dengan begitu pantas selepas ia menjangkiti satu sel. Ia mengakibarkan stress yang besar pada tubuh dalam tempoh masa yang singkat.

Situasi ini menyebabkan tubuh membebaskan cytokines dengan banyak sehingga tidak terkawal. Cytokines adalah sejenis protein yang memberi isyarat untuk mengatur imuniti, keradangan dan penghasilan darah.

Apabila terlalu banyak cytokines dibebaskan, Ribut Cytokines berlaku dimana ia mula menyerang sel dan tisu tubuh selain melawan virus.

93305495 2446206445479911 5132696548211163136 n

Mereka adalah golongan paling berisiko untuk mendapat jangkitan serius jika dijangkiti Covid 19 , namun berdasarkan pemerhatian, masih ramai berada di luar rumah dan bersesak di pasar 

 Sekiranya ada individu lain di rumah yang boleh membeli barangkeperluan, tolong belikan barang untuk mereka.

 Jika ada kemampuan dan kemudahan, gunakan perkhidmatan penghantar barangan ke rumah.

Selain itu, pastikan anda tidak membawa pulang virus kepada mereka. Basuh tangan jika mahu menyentuh mereka. Kalau boleh untuk tempoh ini, elakkan bersalaman dan berpelukan

94022293 2606793766277146 4903053636260593664 n

Laporan CDC terbaru menunjukkan novel coronavirus boleh tersebar melalui kasut.

Kajian yang telah dilakukan di sebuah hospital di Wuhan, China menunjukkan permukaan seperti lantai, tetikus komputer, tong sampah, penghadang katil, dan juga tombol pintu di ICU tercemar dengan COVID 19.

Mengejutkan, 100% kadar positif juga didapati pada lantai bilik farmasi yang sepatutnya bersih kerana tiada pesakit covid-19. Teori ianya merebak melalui kasut dibuktikan apabila 50% tapak kasut staf ICU juga di dapati positif. Ini menunjukkan kasut staf perubatan boleh menjadi punca kepada perebakan virus ini ke tempat lain.

Namun, kajian ini tidak dapat membuktikan samada virus yang dikesan itu adalah masih hidup atau mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia.

Walabagaimanapun, kajian ini menunjukkan bertapa pentingnya kita untuk terus mengamalkan sanitasi yang baik sewaktu diluar dan pulang ke rumah.

Staf kesihatan juga diingatkan agar menggunakan full PPE setiap kali mengendalikan pesakit COVID-19

93897307 2607377049552151 7204893851918532608 o

 

Senaman kawalan pernafasan terbukti mampu mengurangkan gejala kebimbangan dan stress.

Apabila anda bernafas dengan teratur dan tenang, otak akan menerima mesej bahawa tubuh dalam keadaan yang tenang. Situasi ini akan mengaktifkan proses autonomik saraf yang mengawal penghadaman makanan dan degupan nadi.

Kaedah kawalan pernafasan yang paling mudah bokeh dilakukan dengan berbaring sahaja (tanpa bantal)

Cuba lakukan rutin ini, anda pasti akan merasai perbezaan!

93010077 2607560512867138 5923549019820261376 n

Rakyat Malaysia pulang dari Singapura mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas persediaan yang diberikan untuk mengkuarantinkan mereka selama 14 hari. 

Walaupun telah dimaki hamun, di viral, dikutuk oleh perseorangan tertentu yang tidak berpuas hati, kerajaan tetap menyediakan tempat kuarantin yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Kami berharap tindakan ini akan mengekang kluster "Singapura" daripada merebak di dalam negara kita.

93771979 2606565356299987 9025442501992906752 o