Adakah anda sedar, dalam situasi wabak Covid-19 sekarang, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual pelbagai ubat dan produk untuk rawatan Covid-19 termasuklah produk tidak berdaftar, produk tiruan, produk yang dicemari racun dan sebagainya.
Ada juga di antaranya melibatkan jenayah terancang?
Mari sama-sama dengarkan apakah isu-isu yang berlaku di negara luar yang berkaitan jenayah farmaseutikal semasa musim Covid-19 di link di bawah
(Tajuk: Episode 2 – Dark Pharma and Covid-19 – wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM ada mengupas perkara ini bermula minit ke-29):
Rujukan : https://globalinitiative.net/a-pandemic-and-organized-crime/
KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan yang mengaitkan dengan rawatan Covid-19. Semak dahulu sebelum klik:
1) No. notifikasi kosmetik (bagi hand sanitizer dan lain-lain kosmetik) atau
2) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan
3) No. KKLIU bagi iklan ubat
Elakkan membeli sebarang produk yang mengaitkan dengan pencegahan atau rawatan Covid-19 di Internet.
Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store.
Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my
sumber: farmasi KKM
#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19
1) kluster majlis perkahwinan Bandar Baru Bangi
2) kluster PUI itali
3) kluster persidabgan gereja
4) kluster Rembau
5) kluster PUI Bali
Jumlah keseluruhan kes di dunia hampir menghampiri 2 juta kes.
- CPRC KKM
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 82 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes
takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka
sumber: KKM