Sehingga 14 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 170 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,987 kes.
Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,427 kes.
Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 60 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 33 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 202 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj .
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,478 kes (49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes).
bilangan kes yang didiscaj juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.