KKM telah mempergiatkan aktiviti pengesanan, penyaringan, ujian, isolasi serta rawatan terutama kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi (targeted approach).
dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Misalnya, hasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM telah mengenal pasti senarai terkini madrasah dan tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling.
Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa subkluster jangkitan COVID-19 telah dikenalpasti di beberapa buah madrasah dan tahfiz.
Terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 76 kes (1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka
Menyelamatkan populasi adalah satu misi besar.
Kadar kematian global bagi jangkitan Covid-19 adalah 5.54%
Bayangkan jika anda tidak duduk dirumah, jangkitan merebak boleh dengan pantas. Jika terdapat 100 ribu penduduk dalam satu populasi dijangkiti virus maut ini, ia boleh menyebabkan lebih 5000 kematian !
Untuk kali pertama ANDA mampu menyelamatkan POPULASI dengan berada di rumah. Teruskan bertahan
sumber:publichealthmalaysia
Kes dilaporkan: 153
Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 4,683
Kes sembuh: 113
Jumlah keseluruhan kes sembuh: 2,108
Jumlah keseluruhan kes di ICU: 66
Kematian: 3
Jumlah keseluruhan kematian: 76
- CPRC KKM
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19
tolongg bagi kerjasama pada semua frontliner.. kesian kt depaaa..
semoga kita semua terus memainkan peranan masing-masing bagi membendung virus covid19.. patuhi arahan PKP duduk rumah, jaga jarak social dan sentiasa menjaga kebersihan
JANGAN
Melawan
Ingkar
Membuli
Mencederakan emosi
Kekerasan fizikal
Tugas anda hanya duduk, tidur dan makan minum dalam hotel.
sumber:publichealthmalaysia