60 ribu pelajar IPTA/IPTS dan ribuan pelajar luar negara sedang berada di kampus masing-masing ketika ini. Mereka ingin pulang ke kampung halaman.
Nasihatkan kepada mereka, Jangan Pulang Lagi.
Ini antara sebab mengapa mereka tidak patut pulang ketika ini
Risiko tinggi pada orang tua kita.
Pengorbanan selama 6 minggu seluruh rakyat Malaysia akan sia-sia.
Wabak akan lebih sukar dikawal dan melumpuhkan sistem kesihatan negara
Untuk kuarantin semua pelajar pulang dari luar negara memerlukan kos yang sangat tinggi
Kepada Mahasiswa/siswi di kampus, kami doakan agar anda tabah menghadapi dugaan. Teruskan berkorban untuk negara. Kerana kita semua sedang berkorban untuk kebaikan masa hadapan anda juga.
sumber:publichealthmalaysia
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 3 pertambahan kes kematian bagi kes covid19
kami dari pusat internet bagan nakhoda omar mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
alfatihah (dibaca)
Kematian terus meningkat di US, Itali dan Sepanyol.
Di rantau Asean, Indonesia, Filipina dan Malaysia rekod kematian tertinggi.
Namun, kadar kematian di negara kita antara terendah 1.6% dan kesembuhan antara tertinggi 44%.
sumber:kkmputrajaya
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19
setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,462 kes.
Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Mengikut trajektori unjuran KKM, pada 14 April 2020 iaitu apabila tamatnya fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), unjuran kes-kes positif dengan kebolehjangkitan adalah dijangka lebih kurang 2,033 kes.
Ini tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan fasa kedua menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.
Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk terus membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-10 dengan kekal duduk di rumah, mengamalkan jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter dan kerap mencuci tangan.
sumber: KKM
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19