Kesan tompokan berwarna merah bata di lampin bayi yang baru dilahirkan mungkin menyebabkan sesetengah ibu bapa bimbang dan panik.
Bertenang, ia adalah satu perkara yang normal bagi bayi yang baru dilahirkan.
Enapan berwarna merah bata ini selalu disangka darah. Ia sebenarnya adalah Crystal Urate, iaitu sejenis garam yang disingkirkan dari metabolisma urik asid dalam tubuh bayi.
Untuk tempoh 3 hari pertama kelahiran, ia adalah satu perkara yang normal. Jika ia berpanjangan, ia mungkin petanda bayi kurang susu dan perlu diberi minum susu dengan lebih kerap.
.
Jika anda kurang pasti, bawa lampin tersebut dan tunjukkan kepada doktor/ jururawat semasa pemeriksaan
Penurunan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan ketika ini selari dengan unjuran KKM hasil aktiviti kesihatan awam dan pematuhan PKP dan PKPB.
Menurunkan nilai R naught kurang daripada satu secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.
R naught merujuk kepada keberjangkitan, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.
Jika nilai R adalah 4, bermakna setiap seorang kes positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.
Nilai ini boleh menaik semula sekiranya masyarakat alpa dan langkah pencegahan tidak diendahkan.
Patuhi PKPB. Duduk di rumah jika tiada keperluan. Jika perlu keluar rumah, patuhi SOP. Amalkan kawalan kendiri setiap masa.
sumber:KKM
23 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,353 (bersamaan 81.25%).
Tahniah kepada petugas barisan hadapan KKM! Kami hargai pengorbanan anda!
#STOPCOVID19
#stayathome
#skmm
#
Daripada 47 kes penularan tempatan, 4 kes melibatkan warganegara Malaysia, masing-masing dikesan di 3 buah negeri (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka)
Bagi Bukan Warganegara 43 kes
Selangor = 27
WP Kuala Lumpur = 1
Pahang=15
Kes sembuh = 23
Jumlah kes sembuh = 6,353
Kes baharu positif = 57
Jumlah positif = 7,819
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 9 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.