Tarikh | 11 Julai 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 15 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta untuk menguasai cara membuat resume yang menarik dan berkesan.
Aktiviti
Penceramah memulakan sesi bengkel dengan memperkenalkan diri dan latar belakang beliau. Penceramah menyatakan kepentingan membuat resume dengan cara yang betul dan berkesan agar dapat menarik minat bakal majikan. Beliau juga telah berkongsi mengenai elemen-elemen yang perlu disertakan dalam resume dan menunjukkan beberapa contoh dan kesilapan yang sering berlaku.
Seterusnya, para peserta diberikan masa untuk menghasilkan resume secara individu mengikut panduan dan rujukan yang telah dikongsikan oleh penceramah. Akhir sekali, beberapa orang peserta diminta untuk berkongsi resume yang telah dihasilkan dan penceramah menyemak sekaligus memperbetulkan sebarang kelemahan yang perlu diperbaiki pada resume peserta.