Pantai Bagan Nakhoda Omar merupakan kawasan tumpuan di daerah ini sejak sekian lama. Kini, sekitar kawasan pantai telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menarik para pengunjung bertandang ke kawasan tersebut.
Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, Pantai Bagan Nakhoda Omar begitu mudah dihubungi terutamanya melalui jalanraya dan pengunjung berpeluang untuk menghirup udara yang nyaman bersama keluarga di samping menjamu selera di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai hidangan terutamanya makanan laut segar dari laut.
Pemandangan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Gerai makan yang terdapat berhadapan kawasan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam