• Picture1
  • LATAR BELAKANG

Beliau merupakan guru pencen dan ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Pada mulanya beliau membuka perniagaan sambal ikan bilis tetapi mempunyai kelemahan dalam mendapatkan sijil halal, kemudian beliau beralih kepada perniagaan laser kayu yang mana ianya lebih mudah diuruskan dan merupakan hobi beliau sejak dahulu lagi. Merupakan seorang guru seni En. Johan tidak mempunyai masalah dalam menghasilkan pelbagai jenis kraftangan kayu malah menjadikan ia sebagai punca pendapatan setelah pencen dari menjadi guru.

 

SEBELUM PENGLIBATAN PEDi 

Permulaan beliau datang ke PEDi apabila melihat iklan kelas shopee yang diiklankan oleh petugas di Facebook. Beliau  berminat ingin medigitalkan produknya tetapi tidak mengetahui cara menggunakan aplikasi shopee dan tiktok. Pendapatan beliau sekitar RM 1000- RM 500

 

SELEPAS PENGLIBATAN PEDi

Apabila sudah mendapat pembelajaran daripada petugas PEDi, En Johan terlihat lebih mengetahui cara mengendalikan shopee dan akaun tiktoknya. En Johan juga mengetahui cara membuat logo perniagaan beliau dengan menggunakan canva. Kini pendapatan beliau sudah melebihi 2k sebulan 

 

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PEDi

1) Mempelajari cara mendigitalkan produk di Shopee

2) Mempelajari cara membuat beg kuning di akaun Tiktok

3) Mempelajari cara mengedit poster dengan menggunakan aplikasi canva

4) Mempelajari cara membuat video dengan menggunakan aplikasi CapCut

5) Berpengetahuan tentang cara menggunakan internet dengan bijak

 

BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

1) PEDi  mengadakan kelas latihan bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT.

2) PEDi Bagan Nakhoda Omar sebagi pusat pendidikan pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

3) Memanfaatkan penggunaan kelengkapan ICT yang sedia ada.

 

UNTUK VIDEO KLIK DISINI

  • 26171116 496353330749879 7770641313247717387 o

LATAR BELAKANG

Izzati merupakan seorang bekas pelajar STPM di Sekolah Tinggi Sultan Sallahuddinn Abdul Aziz Shah, Batu 38 Pekan Sabak. Beliau berkerja sepenuh masa sebagai kerani di salah sebuah institusi pendidikan iaitu Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang Sabak Bernam. Apabila menjadi seorang penjual online, beliau sangat tidak menjangkakan untuk mendapat keuntungan yang sangat lumayan, atas usaha dan ilmu yang dipelajari, beliau sangat tekun dan sentiasa berterusan untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan.

SEBELUM PENGLIBATAN PEDi 

Pendapatan beliau sekitar RM 1000- RM 500

SELEPAS PENGLIBATAN PEDi

Setelah mendaftarkan diri di Pusat internet Bagan Nakhoda Omar, beliau dibimbing dalam kelas keushawanan. Kini, beliau sangat bergiat aktif dan mahir dalam menggunakan facebook sebagai medium pemasaran dan page untuk barangan beliau. Beliau jugat bergiat aktif dalam mengiklankan barangan di whatsaap status dan pelbagai group usahawan yang lain. Kini pendapatan beliau sudah melebihi 2k sebulan 

Apa Yang Dipelajari Melalui PEDi

1) Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook.

2) Mempelajari cara menigkatkan pengikut di laman Facebook.

3) Mempelajari cara menggunakan Facebook Page.

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

1) PEDi memperkemaskini cara pemasaran secara atas talian

2) Promosi melalui Portal, Facebook Page dapat mengembangkan lagi pemasaran Produk

3) PEDi Menyedikan kelas keusahawanan

UNTUK VIDEO KLIK DISINI

story 4

 

Latar belakang

Cik shazulaika mempunyai diploma akuantan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang. Terdahulu Cik shazulaikha adalah seorang kerani akaun di salah sebuah syarikat perkapalan selama 5 tahun. Kemudian, beliau menyambung kerja di perabot Haji Ibrahim Sabak Bernam. Selepas itu, beliau diberi tawaran untuk menjadi agen coway. selepas merasakan pendapatan sebagai agen coway sangat menguntungkan, beliau mengambil keputusan untuk terus menjadikan kerja tersebut sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau sekitar rm 1100 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosi dan memasarkan product beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • 1) Pusat internet membantu mempromosikan produk malah memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil usahawan pada hari lestari ICT dan cakna kesihatan.
  • 2) Memberi kelas tambahan
  • 3) Video tentang perniagaan beliau menjadi viral melalui PEDi
  • 4) Pusat internet membekalkan wifi percuma dalam melaksanakan kerja-kerja kekeranian seperti menghantar pesanan pelanggan dan yang berkaitan kepada HQ

 

UNTUK VIDEO KLIK DISINI

 

henna

 

Latar belakang

Cik Intan Salbiah menjalankan perniagaan ayam korea dan henna art sejak tahun 2017 sebagai sambilan. Pada mulanya ianya sekadar hobi tetapi apabila perniagaan ini mendapat sambutan, beliau meneruskan dengan modal yang lebih besar.

Sebelum penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM250 sahaja sebulan.

Selepas penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Bagan Nakhoda Omar, beliau kini telah memiliki Facebook page sendiri dan akaun instagram dapat pelanggan  dan tempahan henna sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam dan Klang. Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook peribadi. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1200 sebulan bersih.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Instagram

Mempelajari Adobe Photoshop CS6 bagi memudahkan editing gambar

Mempelajari cara mengambil order melalui FB

Mepelajari cara menggunakan Facebook Page dan Instagram bisnes.

Mempelajari editing video marketing.

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Pusat internet memperkemaskini cara pemasaran secara atas talian.
  • PEDi memberikan kelas kemahiran keusahawanan

 

Latar belakang

En Syamil sebelum ni adalah seorang chef kapal. Selepas tamat kontrak dengan syarikat perkapalan, beliau memulakan  perniagaan menjual nasi lemak ayam kukus di bagan BNO. Selepas itu beliau ditawarkan bekerja dengan syarikat kamera di shah alam. Bermula disitulah beliau mempelajari tentang peniagaan diatas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM900 – RM1000 sahaja sebulan. barangan di kedai tidak mendapat sambutan memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai kamera yang beliau kerja. Kini pekerjaan beliau lebih berjalan lancar dan lebih mendapat sambutan. Pendapatan beliau sekarang ialah antara rm2000-3000.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook

Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Mempelajari cara membuat poster iklan untuk perniaagaan kamera beliau.

Mempelajari bagaimana mencari lebih ramai pelanggan dan produk view yang lebih.

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PEDi membantu mempromosikan produk

PEDi menyediakan kelas keusahawanan

 

     

UNTUK VIDEO KLIK DISINI