1. PEKAN BAGAN NAKHODA OMAR

          Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil yang dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Pekan ini terletak 9kilometer dari pekan Sabak Bernam. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran  pantai dan kampung nelayan. Bagan Nakhoda Omar merupakan destinasi kegemaran dan bersesuaian bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat pelbagai kemudahan chalet, homestay dan medan selera untuk para pengunjung yang datang berkunjung ke sini. Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar telah dibuka pada tahun 1918.

2. PETA BAGAN NAKHODA OMAR

 Peta Kedudukan Pekan Bagan Nakhoda Omar yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai.

 3. PENTADBIRAN

Kawasan Parlimen

                Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar terletak dalam kawasan Parlimen Sabak Bernam. Ahli Parlimen kawasan Sabak Bernam ialah YB Kalam Bin Salam . 

download

Nama           : YB Kalam Bin Salam 
Email   : 
No. Telefon   : 
Parlimen  : P092 - Sabak Bernam

  Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

               Terdapat 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sabak Bernam iaitu N01- Sungai Air Tawar dan N02- Sabak. Bagan Nakhoda Omar terletak dalam kawasan DUN Sungai Air Tawar.

DUN N01- Sungai Air Tawar sekarang ini kosong berikutan penyandang DUN tersebut iaitu Allahyarham YB Kamarol Zaki Bin Abdul Malik telah meninggal dunia. Kerusi DUN N01 - Sungai Air Tawar akan dikosongkan sehingga Pilihanraya Umum akan datang.