Tarikh             06 Ogos 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Melatih kemahiran peserta untuk menaip dengan pantas dalam masa yang ditetapkan.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuat carian Monkeytype iaitu laman web yang menyediakan latihan menaip mengikut pelbagai kategori seperti perkataan, campuran nombor, tanda baca atau petikan. Penilaian keputusan menaip boleh diselaraskan kepada beberapa tetapan iaitu kategori kelajuan masa samada 15 saat, 30 saat, 1 minit atau 2 minit. Peserta dibimbing untuk menaip dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan meletakkan posisi jari pada kedua-dua bahagian papan kekunci untuk meningkatkan kecekapan menaip. Setelah peserta menyelesaikan setiap satu latihan yang diberikan, petugas memberi penerangan tentang prestasi mereka berdasarkan laporan yang dijana secara automatik dari laman web tersebut. Peserta diberi latihan berulang untuk memperbaiki rekod sebelumnya.
 

Gambar Disini